SMTube - Pelayar YouTube untuk SMPlayer

SMTube adalah aplikasi yang membolehkan anda layar, gelintar dan main video YouTube. Video dimain balik dengan pemain media (oleh lalai SMPlayer) selain dari pemain flash, ia membolehkan prestasi lebih baik, terutamanya dengan kandungan HD.

Kualiti imej terbaik

Prestasi pemain flash atau html5 dalam pelayar sesawang adalah teruk... Anda boleh dapatkan keputusan yang lebih baik dengan menggunakan pemain media sebenar: main balik lebih lancar, tiada kerlipan, tiada kehilangan bingkai dan video HD dalam skrin penuh, walaupun dengan komputer lama. Dengan SMTube anda boleh pilih pemain media untuk memainkan video YouTube kegemaran anda.

Bagaimana hendak dapatkan SMTube

* Windows

Versi Windows diedar sebagai pemalam untuk SMPlayer, oleh itu anda perlu memasang SMPlayer terlebih dahulu. Klik di sini untuk dapatkan SMPlayer jika anda belum mempunyainya.
Pemasangan adalah sangat mudah, hanya muat turun salah satu dari pakej ini, dan ikuti langkah-langkah pemasang.

Pemasang juga sah untuk SMPlayer mudah alih.

* Ubuntu

Untuk memasangnya, jalankan perintah ini di dalam terminal:
sudo add-apt-repository ppa:rvm/smplayer
sudo apt-get update
sudo apt-get install smtube

* Pakej untuk lain-lain distro Linux

Klik di sini untuk melihat pakej bagi untuk Fedora, openSUSE, Debian dan Ubuntu

* Sumber

* Pembangunan

Anda boleh dapatkan sumber terkini melalui svn dengan perintah ini:

svn co https://github.com/smplayer-dev/smtube.git/trunk/ smtube

Lesen dan penghargaan

SMTube adalah bersumber terbuka dan bebas. SMTube dilesenkan bawah lesenGPL.

© 2015-2020 Ricardo Villalba

 


Versi 21.10
  • Fix buffering by using yt-dlp instead of youtube-dl.
Versi 21.7
  • Possibility to use some invidious sites.
  • (Windows) Enable HDPI in the portable version.
Versi 20.6
  • Kod YouTube luar telah dibuang. Kini SMTube menggunakan satu aplikasi luar untuk mendapatkan URL video.
  • Kini adalah mungkin dapat memilih tapak sesawang yang digunakan sebagai laman utama.
Versi 20.1
  • Baiki Youtube.
Versi 19.6
  • Baiki Youtube.
Versi 18.10
  • Piliha baharu dalam menu konteks untuk mainkan video dengan pelayar sesawang. Pelayar sesawang membolehkan anda muat turun video.
Versi 18.9
  • Baiki Youtube.
Versi 18.3
  • Pilihan buka audio dengan telah dibaiki.
Versi 18.1
  • Baiki Youtube.
  • Terjemahan Catal telah ditambah.
Versi 17.5
  • Pembaikan untuk video VEVO.