SMTube - Pelayar YouTube untuk SMPlayer

SMTube adalah aplikasi yang membolehkan anda layar, gelintar dan main video YouTube. Video dimain balik dengan pemain media (oleh lalai SMPlayer) selain dari pemain flash, ia membolehkan prestasi lebih baik, terutamanya dengan kandungan HD.

Kualiti imej terbaik

Prestasi pemain flash atau html5 dalam pelayar sesawang adalah teruk... Anda boleh dapatkan keputusan yang lebih baik dengan menggunakan pemain media sebenar: main balik lebih lancar, tiada kerlipan, tiada kehilangan bingkai dan video HD dalam skrin penuh, walaupun dengan komputer lama. Dengan SMTube anda boleh pilih pemain media untuk memainkan video YouTube kegemaran anda.

Bagaimana hendak dapatkan SMTube

* Windows

Versi Windows diedar sebagai pemalam untuk SMPlayer, oleh itu anda perlu memasang SMPlayer terlebih dahulu. Klik di sini untuk dapatkan SMPlayer jika anda belum mempunyainya.
Pemasangan adalah sangat mudah, hanya muat turun salah satu dari pakej ini, dan ikuti langkah-langkah pemasang.

Pemasang juga sah untuk SMPlayer mudah alih.

* Ubuntu

Untuk memasangnya, jalankan perintah ini di dalam terminal:
sudo add-apt-repository ppa:rvm/smplayer
sudo apt-get update
sudo apt-get install smtube

* Pakej untuk lain-lain distro Linux

Klik di sini untuk melihat pakej bagi untuk Fedora, openSUSE, Debian dan Ubuntu

* Sumber

* Pembangunan

Anda boleh dapatkan sumber terkini melalui svn dengan perintah ini:

svn co https://subversion.assembla.com/svn/smplayer/smtube/trunk/ smtube

Lesen dan penghargaan

SMTube adalah bersumber terbuka dan bebas. SMTube dilesenkan bawah lesenGPL.

© 2015-2017 Ricardo Villalba

 


Versi 17.5
  • Pembaikan untuk video VEVO.
Versi 17.1
  • Pembaikan untuk video VEVO.
Versi 16.7
  • Pembaikan untuk video VEVO.
Versi 16.6
  • Tambah sokongan untuk skrin DPI tinggi.
  • Pakej dibina dengan Qt 5.
Versi 16.3
  • Berkemungkinan dapat guna perkhidmatan luar (laman sesawang) untuk memuat turun video.
  • Pilihan untuk zum masuk dan keluar.
  • Pilihan baharu dalam dialog tetapan untuk mengubah fon dan gaya aplikasi.
Versi 16.1
  • Pembaikan untuk video VEVO.
Versi 15.11
  • Pembaikan untuk video VEVO.
  • Tambah sokongan untuk strim langsung YouTube.
Versi 15.9
  • Baiki Qt 5.
Versi 15.8
  • Sokongan lebih baik untuk video VEVO.
  • Keupayaan memainkan audio sahaja.
Versi 15.5
  • SMTube baharu, ditulis dari awal.